RSS

Ini Ceritaku ,Cerita ku..aqu yang rasa: DJ.Nlaileys


Ini ceritaku
Cerita ku..aqu yang rasa:  DJ.Nlaileys

Wahai temanku
Inilah ceritaku yang dulu, penuh misteri, penuh duka dan lara.. harapan demi harapan ku musnah semua, hancur sudah , punah sudah , Aqu telah di injak injak, aqu telah kosong , hilang punah semuanya tiada sinar lagi.

Wahai temanku
Jangan kau ungkit kisah lalu, biarlah aku jalani semua ini dengan berbenteng hati yang tercarik,sekalipun terungkap aqu tak kisah , AH! Pedulikan kata hatiku, kerna aqu yang menjalaninya dan aqu jua yang mengharunginya.. mengharungi seribu kepedihan, sejuta pengharapan dan tak pernah secangkir pun aqu mengharap belas ehsan

Wahai temanku
Katakanlah wahai teman aqu egois, aqu tamak, aqu ini, aqu itu namun tidak pernah pun menjadi nanah di hatiku, walaupun dalam ego ku ada satu suara berbisik “ tabahlah wahai hati walau pun tersakiti kau kena kuat, kuat mengharungi hidup yang penuh cabaran , meskipun ada kehausan , meskipun kau tak punya apa apa walaupun sesen dipoket jangan sesekali meminta minta sebab setiap pemberian itu mesti ada gula gula yang perlu kau balas.. Ingat itu.. yang pasti dipenghujung kesabaran mu , di penghujung keperitan mu pastinya ada rahmat yang tidak ternilai.. insyak allah.

Wahai temanku
Aqu Insan biasa , terima kasih teman, sudah mengiringi aku , mendoakan aqu meskipun tidak terjawap pertanyaan itu.. meskipun dedaun selalu berbisik diangin lalu
Maaf teman , aqu harus pergi.. pergi  yang tidak akan kembali .. Cuma terimalah ucapan ikhlas dari ku untuk mu teman, “Berteman dengan mu membuat aku bahagia”  walaupun seketika kerana takdir itu aqu terima mu sebagai teman…mengiringi aku sampai ke penghujungnya.

Nukilan rasa:
DJ Nllaileys.STRFM





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment