RSS

Pilihan STRFM (kiriman dari strfm)

Kiriman dari Pendengar STRFM

Pahlawan tak berdendang💚

Anak melayu pertama
dlm Rejiman Askar Melayu Diraja..
Berwebawa semangat jati..
Ditubuh Sep 1933.
Gelombang melayu pertama dlm tentera

1941 Jepun menyerang tanah melayu..
Sepasokan Rejimen Askar Melayu betalion pertama..
Mempertahankan tanah melayu..
Dipimpin Lt Adnan Saidi..
Walau terlalu muda semangat berkorbar mempertahankan negara..

Dgn satu compeni dibukit candu..
Terus menentang kemaraan musuh yg lebeh besar..
Semangat perjuangan yg tak pudar..
Menentang sehingga ketitisan darah terakhir😪

Sangup berkorban jiwa demi negara..
Semangat ia tertanam pada samua jiwa pewira..
Demi bangsa dan negara..
Kerana ia kita merasa nekmat kebebasan negara..

Ingatlah ank bangsa..
Pada mereka yg gugur demi tanah melayu tercinta..
Gengamlah dan jagalah warisan yg telah mereka tinggalkan..
Demi bangsa dan tanah melayu tanah tumpah darah ku..
Al-Fatehah buat mereka yg gugur dimedan perjuangan😪

zaha💚
043014022020

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Seloka Jumaat (Pilihan STRFM)

Pilihan STRFM ...

Seloka Jumaat🌹

Sedap sungguh ikan sepat
Dijemur ia ditepi laut
Asalamualaikum pagi Jumaat
Kaseh terikat silaturahim bertaut

Anak bermain sambil belari
Senyum bersama dgn sahabat
 penghulu segala hari
Doa dititip penuh berkat

Hidup rukun dgn taat
Bahagia hidup bawa berkat
Jumaat hari byk berkat
Selawat Nabi penuh nikmat

Usaha itu tangga jaya
Berkatnya dari hati
Harta yg ada pinjaman saja
Tidak dibawa sampai mati

Sayang kaseh sama rata
Buat semua anak kedidi
Dunia ini hanya sementara
Akherat jua kekal abadi

Zaha🌹
040014022020

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari berpantun

Mari berpantun dengan STRFM 

Orang Jawa mencari benang,
Mencari benang di atas bukit;
Orang jauh jangan dikenang,
Lama-lama jadi penyakit.


Orang mengail di Teluk Bulang,
Apalah umpannya si kulit duku;
Jangan bermain kekasih orang,
Nyawa tersangkut di hujung kuku.


Patah jarum dalam peti,
Buat menjahit kain bertimbun;
Nasihat sepatah kurang dimengerti,
Rupanya penawar beribu tahun.

Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut patah batangnya;
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut susah datangnya.


Bawa mari ke kedai Cina,
Kerana itu buah dagangan;
Hidup kita biar sempurna,
Kerana dunia ini adalah tumpangan.


Beras kisar mudik ke hulu,
Tanak pulut santan durian;
Tak ada orang menyesal dahulu,
Banyak orang menyesal kemudian.


Bukan tidak saya katakan,
Merbuk biasa makan di papan;
Bukan tidak saya katakan,
Buah mabuk jangan dimakan.

titipan dari
Arjuna Rindu (SA)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Lari dari kedewassan

Nun diufuk langit..
Aku tersunkur melihat dedaun yg dingin
Sebagimana dinginnya kamu pada ku
Seperti dadaun kering..

Wahai sang Arjuna rindu
Hadirlah dalam dakapan malamku
Supaya dapat ku peluk hatimu
Sedalam dalamnya

Jauh nun Jauh ...
Semakin hari, dikau menjauh ,
Meninggalkan Aku yang keseorgan,
Tanpa arah  tuju yang pasti

Jangan pernah membenciku
Andai Dikedewasaan ini aku
terpanjara di luar lubuk hati mu...
Hanya itu yang ku mampu..

salam dikejauhan
nukilan rasa
arjuna hati (SA)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS